Sunday, May 29, 2011

Kenduri kat kampung lagi best kan ?

Perjalanan dari Office nak ke Damansara Perdana tempat kenduri, bukanlah memerlukan masa yang lama. Yang lama sebab tak jumpa rumah pengantin. Pusing-pusing dah peta ku belek. Salah alamat ker apa nih? Sudahnya Abg Ezam pergi tanya kat seorang mamat kat kedai Nombor TOTO..

Jalan dah betul, tapi disebabkan takde “signboard” memang sesapa pun x perasan. Kain rentang yang sepatutnya ada rupanya dah tergolek dok kat tanah. Memang sesat la kami 3 buah kereta yang jarang-jarang melalui kawasan rumah-rumah orang kayas nih. Hahaha
Sampai jer Kat Dewan Desa Temuan tu, Pengantin baru nak berarak. Thanks Abg Ezam bagi kami balik awal. Kalau tak , tak taula pukul bper kami sampai. Hehehe
Lepas jumpa Abg Sobri, tuan punya kenduri kami pun masuk la ke dewan untuk menjamu selera. Adoi ! Nasi minyak + ayam masak merah + daging rendang + acar buah + buah limau + air sirap. Sangat-sangat simple menunya. Sangat berbeza kalau kenduri di kampong.

Kalau kat kampong kenduri sangat meriah. Meriah dengan makanan. Lagi-lagi stail orang jawa kampong aku. Tak kira la di Ijok ker, Tanjung Karang ataupun Sekinchan. Menjamu tetamu sekenyang-kenyangnya. Terbukti kengkawan aku yang mengikut akubalik kampong tak menyesal kerana di jamu sekenyang-kenyangnya.

Ada jenis tuan rumah yang siap bagi berkat kalau budget diorang lebih.  Mak kepada kawan aku yang asalnya orang Melaka, bertahun tinggal di Kuala Lumpur terpegun dengan menu masakan yang terhidang .

“Aley, mana satu nak makan ni ada 7 jenis masakan?” “Makcik amik jer semua tuh. Boleh rasa. Tak cukup boleh tambah”.

Bila aku bawak Syuk n the geng pergi kenduri kat Ijok, rumah kawan sekolah aku pada malam Sabtu, banyak yang diorang perkatakan dan persoalkan.

“Ada lagi ker makanan memalam ni Aley?”
Aku cakap..
“Dah sampai korang tengok sendiri”

Bila sampai jer  kat rumah pengantin, diorang terkejut sebab ramai orang yang datang. Dan yang penting makanan banyak terhidang. Panas-panas lagi sedia untuk di makan. Yang bagus nya kawan aku siap bagi lagi berkat sebelum kami balik. Yang kelakarnya diorang tak sabar nak tunggu kenduri aku plak nanti. Cmaner meriahnya. Siap nak amik cuti berhari-hari untuk ke kenduri rumah aku nanti. Bila erk? Yang tu kena Tanya tuan punya badan bila dia nak melamar aku. Kan ?

Habis jer makan kami cepat-cepat beredar keluar dari dewan. Bukan kerana ramai orang. Tapi disebabkan bahang kepanasan. Sempat aku perhati Cuma ada beberapa buah kipas sahaja. Itu pun dekat pelamin dan dekat meja-meja ala-ala VIP gitu. Tempat lain, memang xde lah. So tetamu yang ada kat situ semua nya bermandikan peluh. Kebetulan pulak cuaca sangat panas hari ni.

Dari cerita Abg Sobri dia bergabung dengan pihak lelaki untuk kenduri ini. Bagus. Jimat kan. Tapi dalam hati aku, jimat sangat pun susah jugak kot. Dan yang aku pelik kenapa dewan ni yang diorang pilih sebab kedua-dua keluarga bukan dating dari tempat-tempat yang berdekatan. Abg Sobri pun sesat nak pergi ke Dewan ni pagi tadi. Adoi…  Fenin aku dibuatnya…^_^




Saturday, May 28, 2011

Kerja punya kerja

Terasa bahu dicuit aku menoleh. Mama Ju tersenyum.
“Aley boleh tak belikan hadiah tuk Abg Sobri esok?”.
“Boleh rasanya. Barang apa yang akak nak saya beli? Tempat saya kalau pinggan n cawan banyak la yang murah”.
“Akak rasa kalau electric stuff okay kot”.
“Hurmmm.. Takper nanti saya check” Mama Ju berlalu.
Aku mengetuk-ngetuk keyboard..Tuk tuk tuk.. Iqa tension. Customer dia x berangkat seorang pun.
Jam 1:00pm. Mendung. AKu berkira nak balik dulu baru pergi cari barang. Tapi bila dah sampai rumah, layan Hindi movie dengan cuaca redup, mata pun kuyu jer. Kebetulan Hujan renyai-renyai pulak.
Lepas Magrib aku bergegas ke Pasaraya terdekat. Lambat-lambat karang hujan naya jer. Tak boleh bawak kereta sebab roadtax lum renew. Terpaksalah nek motor jer. Harap-harap hadiah yang aku beli nanti tak lah besar.
Sampai jer aku terus meluru kat bahagian barang-barang elektrik. Satu-persatu aku belek. Blender, kipas meja, sterika, periuk nasi. Harga boleh tahan. Disebabkan Mama Ju nak barang elektrik, aku pun amikla Rice Cooker jenama ELBA.
Sampai kaunter, Cashier tu cakap “Kak kalau nak wrappers pegi kat bahagian customer services tuh, nanti dia akan balutkan” Aku senyum. Ambil baki Bahagian customer services aku tuju.
Sedang si adik tu membungkus hadiah tuk Abg Sobri nih, datangla seorang makcik. Mungkin adik tu tak perasaan makcik tu menunjukkan resit utk penebusan hadiah. Makcik tu berlalu kea rah suaminya. Mengomel mungkin sebab tak dilayan. Aku perhati jer gelagat makcik nih. Selang beberapa minit dia dating balik kat meja customer services.
Dengan suara yang kuat “Dik! Nak tebus hadiah,”
Si adik ni dengan muka selamba menarik resit si makcik nih. Muka seposen die pergi ke rak amik barang yang nak ditebus. Alahhhh ! Ciput jer pun hadiah yang nak di tebus. Ingat kan Tupperware ker, pembakar roti ker. Ini dompet kecik jer pun tak boleh sabar. Adoi. Fail betul makcik ni.
Aku senyum betul-betul bila tengok perangai makcik ni. Aku rasa si adik tu pun perasaan aku geleng kepala.”Dik, lau nak dapatkan plastic boleh,?” “Kak, hari ni Sabtu memang kita tak bagi plastic. Kalau nak kita charge.”
“Berapa?”
“20sen”
“Owh”
Kesudahannya aku berlalu tanpa membeli plastic beg. Berlagak kan. Sampai motor rupanya tak muat dalam raga motor. Padan muka aku. 20sen jer berkira. Tawakkal balik tadi bawak slow-slow. Rasa nya 20km/j jer kot. Tapi risau gak takut disondol dari belakang sebab slow sangat. Nak lelaju takut handle x boleh nak kiri kanan sebab hadiah tu aku letak atas handle. Perghh.. Memang tawakkal gila. Bukan risau sebab takut jatuh, tapi risau hadiah yang jatuh.
Bengong betul 

Thursday, May 26, 2011

Pokoknya hati

Hampir sebulan aku menghuni di tempat baru.. kawan baru... Pengalaman baru juga. Perkara yang tak terlintas pun banyak berlaku die tempat yang baru sekarang ni.. Orang kata Office hour ni seronok sbb Sabtu Ahad memang boleh cuti... Tapi.. nak disiplin kan diri bangun pagi..Menempuh jalan jem.. Aduhai...kenapalah orang nak keje kat KL nih. Kan ? Tak pernah terlintas kat pala orang-orang ni ke buat 1 lagi perkhidmatan kereta terbang atau motor terbang... Kan ? Jem kat udara jer.. kat jalan lengang. Buat undang-undang had limit boleh terbang tak melepasi untuk laluan kapal terbang. Hahaha..Misi Imposibble ker tuh ?


Berbalik pada yang asal... hal yang berkaitan dengan kerja-kerja aku skarang nih banyak berkisar tentang kehidapan dan perancangan. Nak menjadikan sesuatu perkara itu berjalan dgn lancar kite perlukan perancangan yang rapi. Betul tak ? Tapi tak selalu yang kita rancang menjadi kenyataan. Kan? Lagi-lagi tentang duit. 


Ada manusia yang bila nampak duit.. rambang mata. Banyak benda yang diorang nak buat tanpa mengira baik buruk untung dan rugi nya sesuatu hal itu. Yang pastinya..bila duit yang menjadikan kita "raja" semakin berkurangan.. kita tak berusaha untuk menambahkannya. 


Rata-rata rakyat Malaysia ni lebih suka demand. Kerja-kerja berat dah tak nak buat. Kalau boleh nak kerja yang duduk goyang kaki tapi duit masuk ibarat air. Bukan ak menuding jari.. tapi hakikatnya semua orang boleh nampak. Tenaga mahir bukan dari kalangan rakyat Malaysia tapi dari luar negara. Kalau tak belajar amik course kat Giatmara, CIDB atau pusat-pusat latihan kemahiran.. rasanya rakyat Malaysia tak tau kot nak bina rumah sendiri. 


Tapi ada yang lagi teruk bila sisuami menghabiskan duit si isterikan? Aduhh.. macam manalah lelaki-lelaki ini yang tergamak ambil duit dari isteri untuk kegunaan isteri. Alasan takde kerja.. sebenarnya tak masuk akal kan? Sedangkan orang Nepal, Myanmar pun boleh hidup dekat Malaysia ni... ini rakyat Malaysia sendiri tak boleh pijak di atas kaki sendiri di dalam negara sendiri. pelik? Xde yang pelik dalam dunia ni. Kan ?


Pokok pangkalnya hati kan?? Kalau betul kita nak berusaha.. pasti ada jalannya.. bukan berpeluk tubuh menadah tangan mengharapkan bantuan orang lain... walaupun isteri sendiri. Malukan ? 











Saturday, May 7, 2011

Perjalanan baru

Sudah seminggu aku di tempat kerja baru. Bos baru, kawan baru, tempat baru. Yang x baru nya perjalanan ke office jer. Senantiasa Jem..jem..dan jem... Mujur la ada motor. Tak la senak nak pergi kerja sesudah subuh tuk elakkan jem. Tapi orang kata naik motor cepat.. Tak jugak.. Kadang-kadang naik motor pun jem jugak. hahahaha...


Selain Lopez dan aku, ramai lagi Team Leader lain yang menyusul men"tender"kan resign letter dekat EXboss aku. Bersepah la diorang punya tempat kerja. Bagus gak kan. Orang kata kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Samalah gak dengan kerja. Kalau tak dicari memang tan\k jumpa.


Kadang-kadang aku tersenyum sendiri mengenangkan Xmanagement aku yang mungkin sekarang ni tengah kepanasan sbb x cukup TL nak handle call store/CI/CSo related dll. Tapi bagus gak.. ketiadaan kami, boleh la dia naikkan agent-agent yang dah lama berkhidmat ganti tempat kami. Kan ?


Big Bos aku still "tinted" tapi menurut manager aku Diorang jenis tak kacau. janji kitorang buat kerja kitorang dan archive target sudah. Manager baru aku Abang Ezam namanya, so far aku tengok dia ok. Tak tau la ok sampai bila. Harap dia ok sampai la bila-bila. Hahaha... Nak dapat bos yang sporting bukan senang kat KL nih. As long give and take each other..rasa nya kerjasama dapat dijalin.


Leader baru aku Karuna, hurmm tak tau nak cerita dia ni macam mana orangnya. Baru seminggu kerja, macam-macam rumos aku dengar tentang dia. Yang aku pelik nya, napa la antara reramai staff yang baru ni, dia bagi aku fail yang rasanya dah "corrupted". Nak tegnok skill aku resolved dengan customer yang dah pro dengan alasan rasanya KO la aku nak jawab walaupun sebelum ni aku ada pengalaman bercakap dengan customer yang fully "stupid".


Kawan-kawan baru aku si budak comel, nama nya Atiqah. Aku n kengkawan len panggil Iqa jer. Sangat comel. Suke sangat dia pakai tudung ala-ala Yuna. Muda lagi. Ada boyfiend dah..(tapi x comel ngat) hahahaha... Karuna kata dulu dia pendiam. Lani ni sejak aku ada, kemain celoteh dia. Aku gelak jer. Dalam hati berkata."Dulu xde geng, skang dah ada geng". Tapi dia kerja sini tak lama. Kerja pun sebab nak habis kan masa cuti SEM jer. Huhuhu sok lusa dia berenti, aku sowang jerla. Hadoi....


Selain Iqa, ada lagi sorang member yang duk dlm Island aku nih. Nama nya Suhadila. Dia ni memang pelik. Umur baru 18 tahun. Tapi aduhai mulut dia... kadang-kadang rasa nak cili pun ada. Kecik jer orangnya. Fikir dia budak-budak lagi lah aku malas nak layan sangat. Tapi takat ni dia blum menggegarkan iman aku. Rerasa nak gegar buat la.. Nangis terduduk la ko aku cili. Hahahaha...


Haa.. lagi sorang Si Jay..Itu nama glamor. Nama sebenar Hafiza. Dari belakang orang ingat dia laki.. Tapi bila tengok depan sebenarnya dia pompuan. Sorang lagi Fiza..dia ni suke make up. Hahaha yang klakarnya dia ni...ada lelaki-lelaki di office tu scandal dia. Apa-apalah.. Aku x penah kisah pun apa yang diorang buat.Yang penting aku x kacau hidup diorang. Kan ?


Aku berharap dan berdoa rezeki aku kat sini berpanjangan. Banyak dugaan dan cabarannya. Maklumla kerja baru, banyak yang aku kena explore. Thanks to Azhar Usman coz dia selalu support dari belakang. Sekurang-kurangnya sementara sampai la perkara yang aku nak laksanakan. Impian aku yang dah lama kupendam. InsyaAllah