Tuesday, January 21, 2020

MEE KOLOK , UMAI OBOR-OBOR , MIDIN [ Travelog : JJCM Bumi Kenyalang ]

Kuching, Sarawak 3hb – 5hb October, 2019
Air Asia Return : RM127.00
Kali ni JJCM sis ke Negeri Bumi Kenyalang. Makanan yang paling diidam-idamkan adalah manok pansoh, nasi goreng dabai dan umai obor-obor. Agak-agak dapat tak semua tu ?
Cekedot !
Sampai-sampai je kami terus ke rumah keluarga di Kg Simunjan. Beraneka menu masakan yang dihidangkan adalah :-
Rumah Seayu Qaseh Juelieya
> Umai Obor-Obor *
> Ikan bulu masak kunyit
> Sup Ayam Sarawak
> Sotong goreng kicap
> Botok sardine *
> Midin goreng belacan *






1st time makan ikan bulu.Ikan ni cuma ada di sarawak je, Rasanya similar dengan ikan kerisi. Umai obor-obor rasa dia tastless. Tapi dah mix dgn cili bawang dan perahan limau. sangat umphh ! Paling win ada lah midin goreng belacan a.k.a pucuk paku goreng.
Masakan ibu always the best !
Sis bagi 4
Lite Dinner di gerai Kg Gedung
> Mee jawa
> Mee goreng
> Teh Tarik
> Goreng pisang

Selesai makan kami singgah di warung saudara Didi. Kekonon nak tengok buaya berenang. Tapi buaya taknak muncul. 🤣🤣🤣 Dah nak gerak ada makcik sedekah pisang goreng. Tertunai craving Jabir Shamsuri nak makan pisang goreng di bumi sarawak. Ihiks
Sis bagi 3

Supper (rumah Mokdol)
> Ayam goreng
> Spegheti
> Nanas *
Masing-masing acah acah taknak makan sebab dah kenyang. Tapi tak tau kenapa bukak apps grabfood order makanan lagi dekat secrect receipe 😂😂😂. Dan nanas dia memang terbaik. Manis !
Sis bagi 3

Fuyu Cafe (Breakfast)
> 3 Layer Tea Ice *
> Laksa Sarawak *
> Mee belacan with Telur padi *
> Bubur Nasi
> Roti Pol
> Mee kampua *
> Mee Kolok Dinsum
Fuyu Cafe ni dia ada banyak gerai dalamnya. Kami order 1 menu tiap sorang. Dan round table so semua orang boleh rasa.
Sis bagi 4






Kek Lapis
> Kek Lapis Dayang Salhah *
> Mira Cake House *
> Ice Cream Appollo *
Kek lapis dayang Salhah made by butter is super awsome. Tapi mahal sikit. Mira cake house Mostly kek lapis dia berharga RM10.00 wlupun guna butter. Cuma potongan dia kecik sikit dari Dayang Salhah. Must try ice cream appollo dia.
Sis bagi 3


Warung Nusantara, Matang (Lunch)
> Mee Kolok daging
> Ayam Penyet *
> Nasi goreng Cornbeef *
> Nasi goreng Dabai *
> Nasi Goreng terubuk Masin *
Semua diatas sedap-sedap belaka. Paling sedap Nasi goreng cornbeef dia. Boleh try nasi campur diorang gak. Kebanyakan masakan goreng-goreng disini ada disediakan sup. Paling win Nasi ayam penyet dia bagi kuah ikan terubuk masak lemak.
Sis bagi 4



Dessert
Ice Cream Gula Apong *
Kedai dia biasaje. Tapi ramai lak retis yang show up makan kat sini. Dan rasa ice cream gula apong ni memang sesuai dgn topping dia iaitu nestum.
Sis bagi 4


Topspot(level 6) Kedai no 25 (Dinner)
> Midin goreng belacan *
> Sotong goreng tepung *
> Kerabu kaki ayam
> Tau miu Goreng garlic *
> Manok pansuh *
> Telur Dadar
> Udang Goreng butter *
> Sea Cucumber Soup *
> Siakap 3 rasa
Gerai-Gerai kat sini macam gerai kat Umbai atau Alai. Cuma ni version atas bangunan. Dapat rasa manok pansuh dan sea cucumber soup. Cenggini 👍👍👍 sedapnya. Cuma bila korang request kerabu atau pun 3 rasa, jangan imagine sebiji bentuk dan rasa nya di kedai makan semenanjung. Beza memang berbeza. Dan semua makanan di atas tak pedas langsung.
Sis bagi 3.5




Kubah Ria (Breakfast)
> Mee Goren Basah
> Pulut panggang
> Roti Canai
> Laksa Sarawak
> Mee Kolok daging
> Pok Sup
Pulut panggang paling mahal sis pernah makan 😂 harga dia Rm1.50 untuk sebatang. Pok Sup tu mee kolkk version sup tulang.
Sis bagi 3.5



Kopi O Corner (Lunch)
> Nasi Ayam Ohaaa *
> Nasi Ayam Madu *
> Chicken pizza *
> Pisang Goreng
> Mee kari
> Mee jawa
Kedai ni pun sama ada banyak variety of food. Paling sedap nasi ayam Ohaa dan madu dia. Mee kari dia tak sama langsung dengan mee kari kat sini. So kalau nak cuba try test apa salahnya kan.
Sis bagi 3.5



Sugar Bun (Dinner)
> Fish Burger set
> Beef Burger set
> Starbuck Coffee
Restoren sugar bun ni sis tengok berada di mana-mana je kat Bandar Kuching ni. Lagi banyak dari fast food yang lain. Boleh try
Sis bagi 3



Korang jangan tanjat. Semua menu diatas bukan sis sorang yang makan. Tapi kami order dan pusing table.
Makanan yang bertanda * tu MUST TRY. Sis memang suka makan makan especially makanan yang tak pernah makan. Maklumlah dulu masa kecik-kecik tak cukup makan kan.
And jangan risau sis dan rakan-rakan tak pinjam duit orang atau Ahlong semata-mata nak JJCM tempat orang. Dan Itu tidak bermakna kami kaya raya sampai ada yang inbox nak advance duit. Ehhhhh !

SUP TULANG MERAH [Travelog : JJCM kali ni kita ke JOHOR DARUL TAKZIM ]

Travelog : JJCM kali ni kita ke JOHOR DARUL TAKZIM

Yang jadi perhatian sis selama ini adalah Sup Tulang Merah & Kacang Pol Haji
So journey bermula dari KL Sentral > GEMAS > JB Sentral menggunakan KTMB.
FYI takde tiket direct dari KL Sentral Ke JB Sentral. Diorang akan stop dekat Gemas then tukar keretapi lain.

Train From To Departure Arrival
9321 - EG 9321 KUALA LUMPUR GEMAS 07/09/2019 11:48 07/09/2019 14:17
43 - SHUTTLE GEMAS JB SENTRAL 07/09/2019 15:20 07/09/2019 20:02
42 - SHUTTLE JB SENTRAL GEMAS 09/09/2019 14:00 09/09/2019 18:41
42 - SHUTTLE GEMAS PULAU SEBANG/TAMPIN 09/09/2019 18:41 09/09/2019 19:26
KTM Komuter : PULAU SEBANG KL SENTRAL 09/09/2019 20:55 - 22:55
RM32.00(KL – Gemas)
RM21.00 (GEMAS - JB Sentral)
RM12.00 ( GEMAS – Pulau Sebang/Tampin)
RM13.00 ( Pulau Sebang – KL Sentral)

BANAFEE VILLAGE :
Sup Tulang Merah
Nasi Goreng Spacial Banafee
Cucur Udang
Sup Tulang tu kalau panas-panas lagi padu kot sebab boleh sedut isi tulang sum-sum dia. Dah sejuk nak rasa camne kan ?
Nasi goreng sedap. Secukup rasa
Cucur Udang rangup diluar lebut didalam
Sis bagi 3  :

Nasi Goreng Special Banafee

Cucur Udang

Sup Tulang Merah

KOPITIAM CHAMEK
Lempeng + Sambal sotong
Sis bagi 3 :

Lempeng + sambal sotong

EAT & REPEAT
Portion yang sesuai untuk berulang-ulang order. Ada banyak pilihan. Semuanya kena dengan tekak. Harga RM1.90 setiap bowl.
Sis bagi 3.5



Plaza Angsana
Mcd + paparich brown Sugar
Leisure kejap sambil turunkan perut yang kekenyangan. BTW time ni ada festival apa tah kat sebelah Plaza Angsana. Ramai artis terlibat. Sis prefer duk dalam aircond dari berkecah nak tengok muka muka retis 
KACANG POL Haji
Roti + kacang pol Kambing + daging
Kacang Pol dia rasanya similar dengan CHILI'S Marry Brown. Combination bawang + cili potong kena dengan tekak.
Sis bagi 3.5


Ada banyak cawangan boleh waze je
NASI GORENG SEAFOOD STULANG
Nasi goreng + sotong bakar + kerang bakar + kangkung belacan.
Nasi goreng seafood dia banyak telur dan portion dia besar
Sotong bakar + kerang bakar dia mix dengan paste then bakar. agak pedas
Kankung belacan just nice
Sis bagi 3.5






BUFFET at BERJAYA WATERFRONT HOTEL
Enjoy view seberang laut sambil breakfast. Teringat dine in dalam cruise
Sis bagi 3.5

PLAZA LARKIN
Nasi Ambeng + Murtabak + Goreng pisang + Mee Rebus
Nasi ambeng dia ada sambal belacan
Murtabak request cheese tapi cheese habis.. berhuhu jelah
Goreng pisang cicah sambal kicap dia padu
Mee Rebus dia ok. Tapi pada sis rempahnya macam terlebih
Sis bagi 3





PULAU SEBANG
Nasi lemak telur mata + Air jagung
Sambal dia sangat padu. Sementara tunggu KTM Komuter dari Pulau Sebang ke KL Sentral boleh try gerai ni. keluar dari stesen sebelah kanan. Air jagung dia pun sedap bakhang tak terlalu manis.
Sis bagi 3.5


So sesapa nak travel via KTMB sis alu-alukan. Feel the Experience (haha)
Otw nak ke JB Sentral selisih dengan gerabak Train Ekspres Rakyat Timuran Superior Night Class. yang ni da katil. Sesuai untuk long journey.


Or nak rasa luxury sikit boleh try eastern & oriental express. Route dia dari SG - KL - Bangkok
yang ni suasana dalam keretapi dia sama macam dalam movie Murder on the Orient Express.