Tuesday, February 19, 2019

SUPERSTAR GEMINI [ Travelog : Journey to Phuket via Superstar GEMINI

Sis Nak share pengalaman kami ke Phuket by Star Cruise Gemini baru-baru ini. So sesiapa yang teringin dan ada plan boleh amik tips tips ni.
Date : 15/02/2019 – 18/02/2019 (4 hari 3 malam)
Ship name : SUPERSTAR GEMINI
Ship Itinerary : 3 Night (Port Klang - Phuket - Penang - Port Klang)
Full Itinerary :
Check in time : 11.00am – 01:30pm
Check in place : Port Klang Bousted Cruise Centre
Departure time : Port Klang – 03:00pm
Selepas google dan research, Sis ambil pakej dari travel agency www.ckakijalan.com buy 1 free 1.
Pakej tu dah termasuk :-
Ocean View Window
Port Charge
Gratuity Fee
Insurance
Meal
Complimentary Show
Price : RM
Korang boleh cari dah pilih mana-mana agency travel selain agency yang kami pilih. Ataupun boleh terus masuk ke www.starcruise.com . Kat sini ada banyak pilihan destinasi dengan harga yang berbaloi.
📌 Sis sampai Bousted Cruise Centre lebih kurang 12.00pm sebab waze bawak sis jalan-jalan tah mana-mana. Kami terus check in Luggage.
📌 Luggage saiz besar saja 22” keatas yang boleh check in. Untuk luggage saiz cabin, korang kena tarik sendiri masuk dalam kapal. 😆😆😆
📌 Lepas Check in terus ke kaunter Check in Cruise. Kat sini korang kena bagi cruise ticket sebagai rujukan. Kalau pergi ramai, cukup 1 keping je yang tertera semua nama penumpang. Korang akan dapat access kad. Ada yang warna biru dan ada yang warna merah (privilege) utk member Genting.
📌 Sediakan 1 keping Salinan passport. Ini untuk korang simpan dan bawa masa di Phuket sebab masa check in ke2 sebelum masuk perut kapal semua passport kena diserahkan kepada pegawai imigresen. Untuk sesiapa yang terlupa nak fotostat jangan risau, Dalam cruise diorang akan charge korang RM3.00 sekeping.
📌 So lepas dapat access card, korang kena lalu security dan imigresen Malaysia. Prosedur dia sama je macam korang nak naik kapal terbang.
Notis penting dari Cruise :
Sis nak highlight note yang ke 14 je. All heating device such as iron, cooking plate, water heater etc are strictly prohibited onboard the vessel.
Maksudnya segala mak nenek seperti seterika , iron rambut , cooking pot dan seangkatan dengannya adalah dilarang bawak masuk ke kapal. Ini adalah untuk keselamatan korang jugak.
Jangan risau, diorang ada sediakan khidmat pressing extravaganza untuk 5 helai pakaian dengan harga RM12.00 sahaja.
📌 Ok sis dah check in ke 2, bagi access card serah passport dan masuk dalam kapal. Access card ni nyawa korang tau dalam kapal. Macam pengganti IC. Nak masuk bilik kena swap card, nak makan kena swap card, nak karaoke kena swap card, nak beli barang dalam kapal pun kena swap card.Kalau hilang korang kena forever tingggal dalam kapal. Hahahhhhhaha. 😁 😁 😁
📌Terus cari cabin korang. Dekat access card dia dah mention Bilik + lokasi + assembly station. (Boleh tengok di gambar). Dah jumpa dah check in bilik korang boleh terus pergi Lunch.
📌Ada 3 restaurant yang menyediakan makanan halal.
Mariners – International & Indian Cuisine
Bella Vista – Western Semi Buffet (fine dining)
Oceana BBQ – International Cuisine.
📌Korang boleh pilih mana-mana yang berkenan di hati. Selesai makan dan balik bilik korang punya luggage dah tersedia di depan cabin. Jam 2.30pm korang akan di panggil untuk safety fire drill. Jam 3.00pm tepat kapal belaya. Enjoy the trip
📌Star Navigator a.k.a segala aktiviti dalam kapal diselitkan depan pintu setiap pagi. Korang boleh check latest aktiviti or showtime sebelum sampai ke Patong Port which is makan masa 12 jam perjalanan.
📌Kat tengah laut memang takde line internet. So korang boleh simpan HP dan joint aktiviti yang disediakan dalam kapal, atau pun boleh beli internet package serendah RM48 untuk 24jam atau pun full package utk 4 hari RM90.00. Semua charge akan dimasukkan ke dalam card korang.
📌 Untuk yang akan turun ke Patong Beach Phuket. Korang kena pergi reception counter lepas makan malam untuk dapatkan turn turun. Lagi cepat amik nombor lagi cepat korang boleh explore Patong Beach. Yang ni boleh amik package tour ataupun free n easy.
📌 Sis pilih free and easy. So sampai sampai je terus cari Rumah urut ! Thai body massage kat sini average 300thb ke atas. So banyak pilihan. Nak open beach atau pun tertutup. Nak tukang massage lelaki pun boleh perempuan pun boleh. Siap massage kami just window shopping, cuci mata tengok mat/minah saleh hitamkan badan diorang dan shopping burger dan air di 7-E. Tak lupa kacang gajus panggang. Nyums! Masa yang diberi untuk balik semula ke kapal adalah jam 09:00mlm waktu Malaysia (Thailand lambat 1 jam dari Malaysia) so sesapa yang lambat korang akan di charge RM400.00. Andai korang dah puas berjalan, cuci mata, shopping boleh balik ke kapal bila bila masa. Transfer boat disediakan 15minit sekali. So no worry. Hilang arah ? Jangan risau ada je staff cruise di mana-mana
Tips :- Phuket waktu ni cuaca sangat panas. Sapa yang ada kulit sensitive macam sis sila bawa sunscreen bawak topi besar etc.
📌 Sebelum sampai Swettenham Pier Port korang kena collect passport . Announcement akan di beri dekat deck mana utk collection. Tak perlu datang 10 orang, cukup hantar wakil je utk collect semua passport. Make sure bawak semua access card. Tiba di Penang jam 1.30pm. Face to face dekat immigration security dah boleh jalan. Yang ni pun free and easy. Kalau nak booking grab make sure korang kena tunggu dekat clock tower. Masa diperuntukkan sehingga jam 6.30pm sebelum kapal berlayar semula.
📌Sampai Port Kang lebih kurang jam 10:00am. Yang ni sis nasihatkan korang keluar yang paling last. Sebab lama jugaklah kena tunggu luggage korang sampai. 😂 😂 😂
Lain-lain nota :
🌹 Makanan : buffet session plus Sis tak cerewet so sis bagi 5 
🌹Staff : Sangat – sangat friendly. Staff yg tak lekang dgn senyuman n greeting bila kita walk pass sis bagi 4/5
🌹Cabin : Better amik 2 bed cabin oceanview / balcony sis bagi 4/5
🌹Aktiviti : Enjoyable ! show yg best and midnite movie 4/5 
📍 Parking fees kt Bousted cruise centre rm20
📍 Air Minum : Ada kettle dalm cabin. Tapi sis kureng sikit air dalam mana-mana bilik hotel so memang stanby botol mineral.
🛳🚢 Star Cruise Gemini ada kat perairan Malaysia sehingga May 2019. Lain lain cruise boleh check dekat website www.starcruise.com . Untuk member Genting more privilege

Complimentary untuk setiap orang yg onboard

Sampai di Port Patong

View from upper deck


Access Card yang wajib di bawa kemana sahaja