Thursday, May 15, 2014

KHASIAT HERBA - HERBA 




KOLAGEN RUMPAI LAUT

Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON, peningkatan PAYUDARA Anti-bakteria, membuang TOKSIN Menghilangkan SEMBELIT Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan) Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT) Menormalkan fungsi kelenjar tiroid Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT Membantu meningkatkan METABOLISME Menguatkan saluran darah, meningkatkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah badan SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang Mencegah ANEMIA Menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya

EKSTRAK PEGAGA

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering di makan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.

Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yg dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya mengubati selsema,sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.

KACIP FATIMAH

Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga lelaki.
Antara kebaikan kacip fatimah ini ialah :

1.Mencegah pembiakkan sel prakanser
2. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
3. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
4. Melewatkan proses penuaan.
5. Masalah keputihan
6. Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan.
7. Melancarkan proses kelahiran bayi.
8. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
9. Membantu dalam pengecutan rahim
10. Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.
11. Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
12. Mengurangkan simptom sakit buasir, penyakit sendi dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.
13. Gonorrhea dan cirit birit.
14. Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan..
15. Mengembalikan rambut yang sudah rosak


ALOE VERA

LIDAH BUAYA mempunyai kesan yang purgative iaitu memiliki kesan pencahar yang sangat sesuai untuk wanita-wanita yang sedang berdiet atau ingin kurus dan sebagai penyembuh luka. -istimewa untuk kulit,kerana kandungan lignin mampu menembus dan meresap lebih cepat kedalam kulit. -mampu mengawal kehilangan air dari badan dan mengelakkan kulit dari cepat kering dan terjaga kelembapan. -membantu membersihkan bahagian perut dan saluran pencernaan. -dapat menaikkan seri muka agar lebih nampak halus dan licin disamping dapat mempercepatkan penyembuhan jerawat dan parut jerawat. POTENSI PENGGUNAAN ALOE VERA MENYELURUH,SAMA ADA UNTUK KEGUNAAN KOSMETIK LUARAN SEBAGAI PENYUBUR RAMBUT,UBAT JERAWAT,ATAU PENYEMBUH LUKA TERBAKAR SEHINGGALAH UNTUK PENGAMBILAN DALAMAN DI DALAM BENTUK MINUMAN BAGI MENGATASI MASALAH ASMA,SESAK NAFAS,BUASIR DAN SEBAGAINYA. KEGUNAAN DALAMAN:- ALOE VERA mencegah kanser paru-paru. KAJIAN JURNAL penyelidikan KANSER JEPUN membuktikan aloe-vera berkesan dalam menghalang kanser PARU-PARU serta banyak lagi jenis kanser lain. ALOE VERA melegakan masalah penghadaman,berkesan mengubati penyakit radang usus seperti cirit-birit,pembuangan najis tidak menentu, menyahtoksin sistem penghadaman,meneutralkan perut berasid,sembelit,ulser gastrik.Memperkuatkan fungsi buah pinggang,hati dan pundi hempedu.



HABBATUS SAUDA

Rasulullah S.A.W sendiri ada menyebut mengenai kelebihan Habbatus Sauda iaitu sabdanya: “Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintam hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan al-Saam (mati).” (Riwayat at-Tirmizi).

[✔] Memperbaiki saluran pencernaan dan Anti Bakteria
[✔] Melancarkan air susu ibu
[✔] Menjaga daya tahan tubuh daripada Serangan Penyakit
[✔] Sesuai untuk masalah Diabetes
[✔] Sesuai untuk masalah Darah tinggi dan kolestrol tinggi
[✔] Untuk Kesuburan ( sesuai utk pasangan yg belum ada Zuriat)
[✔] Untuk masalah Kanser dan Stroke
[✔] Untuk penyakit Lelah/Asma
[✔] Meneutralkan racun dalam tubuh
[✔] Mengatasi gangguan tidur dan Stress


DELIMA

Buah delima mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi.

Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer. Buah delima dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
Buah delima dapat Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
Buah delima dapat Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara. – Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal. – buah delima membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon. Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik Buah delima Sumber nutrisi Sebiji buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E. Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi. Kandungan gula Buah delima mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu. Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh… Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung Buah delima Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir. Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi. Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.


MADU

1- Merawati kecederaan dalaman
2-  Menghaluskan Kulit
3- Antioksidan - menghalang tubuh drp terkena serangan penyakit
4- Menurunkan glukosa dan kolestrol darah
5- Meringankan penyakit asma/lelah
6- Sumber Kabohidrat - menyegarkan tubuh,memberi tenaga
7- Menguatkan wanita yg baru bersalin
8- Menambahkan tenaga batin
9- Anti Kanser
10- Meningkatkan Metabolisme badan


AKAR SERAPAT

* Memperbaiki dan menegangkan tisu faraj
* Membantu menegangkan payudara
* Menegangkan dan mencantikkan kulit (awet muda)
* Menguatkan otot dan sendi
* Membantu memulihkan luka/tenaga
* Menegang dan mengecutkan otot
* Membantu melicinkan kulit
* Membuang toksin dalam badan
* Melancarkan peredaran darah ke organ wanita untuk meningkatkan kadar oksigen bagi kesihatan dan fungsi organ
* Melegakan kekejangan otot rahim dan mengatasi kelesuan ketika haid

MANJAKANI Manjakani kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.


Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-
  - Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
- Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
- Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
- Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
- Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
- Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
- Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
- Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
- Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
- Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
- Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.
- Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
- Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.
- Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.
- Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
- Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan

KURMA

1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah.

2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.” “Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.

6. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”

7. Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”

8. Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal 10. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus. Walaupun buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif.Selain berbuka puasa, buah kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka. Banyak khasiat buah serta tumbuh-tumbuhan yang Allah jadikan yang masih manusia tidak tahu . Dengan sebab itulah pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan buah kurma wajar dijadikan amalan harian.



KEK COKLAT MOIST KUKUS









Resepi KEK COKLAT MOIST KUKUS ni saya amik dari FB Resepi kek. Lain sedikit dari kebiasaan Chocolate moist yang saya biasa buat. Belum sempat nak membuatnya. Tapi saya dah kongsikannya di sini. Harap - harap ada kelapangan meringankan tulang masuk dapur hari minggu ini. Itupun kalau tiada jadual emergency ^_^

BAHAN A:

3/4 cwn gula
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn minyak jagung
1/2 cwn koko (msk sume ats api smpai pkat dan sjukkn)

BAHAN B:
3/4 cwn tepung gndum
1 sudu teh baking soda(ayak bersama)

BAHAN C:
3 biji telur A
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil vanilla esen
(pukul sebati sumenye)

Cara-cara

1- panaskan kukusan.sediakn loyang bergris.

2- satukan bahan B dan C ke dalam bahan A secara selang seli.. pakai spatula/senduk kayu je.. sebatikan.. masuk dlm loyang dan kukus selama 30minit.. boleh juga nak buat cup cake.. hias dgn ganache.. sy xbuat pun suke mcm nie je..

*Jangan lupe masa nak kukus nanti tutup loyang dgn aluminium foil@plastik untuk elakkn air menitis atas kek.. kalau buat cupcake alas kain dekat penutup kukusan itu..

Jom cuba buat kek coklat ni...


Tuesday, May 13, 2014

Trifle Oh Trifle
Trifle

Nak pergi rumah mak tapi tak tahu apa yang nak di bawa sebagai buah tangan. Selak - selak buku resepi terjumpa resepi Trifle. Dah lama tak buat. Kecur air liur bila teringatkannya. So memandang 13 Mei hari cuti Wesak, saya melapangkan diri mensinsing lengan baju masuk dapur. Resepi saya amik dari hasil google di internet dan kemudian di gabung gabungkan. Hasilnya adalah seperti di atas. Jom intai resepi nya di bawah ni.




Resepi Trifle

Bahan-Bahan nya :

1 bungkus kek swiss roll ( apa-apa perisa kegemaran)
1 peket agar-agar Kristal
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung custard
3 sudu gula
3 cawan susu segar


Cara – caranya


  • Campurkan tepung custard, gula, susu dalam periuk. Panaskan dengan api yang sederhana. Kacau hingga pekat dan menggelegak. Angkat dan sejukkan.
  • Potong kek swis roll 1 cm dan susun dalam bekas. Tekan-tekan sikit supaya padat.
  • Ambil jus cocktail sedikit. Tuang atas kek tadi supaya moist.
  • Tuang sos custard tadi menutupi kek
  • Tabur buah cocktail mengikut citarasa.
  • Bancuh agar-agar mengikut arahan yang di sediakan dekat belakang paket.Kemudian curahkan perlahan lahan di atas cocktail tadi.
  • Masukkan dalam peti sejuk dan boleh di hidang. 



**Hasil nya akan rasa lemak + masam + manis = ohsem !

 *Whiped cream boleh beli yang dah siap dekat kedai. Kalau rajin nak buat fresh whiped cream caranya ialah :

1 kotak heavy whipping cream 250gram
3 sudu gula icing

-       Pukul whipping cream dan gula icing guna mixer dengan kelajuan yang tinggi.




    Nota kaki : Fruit cocktail boleh guna fresh fruit. Saya guna buah kiwi dan buah peach.