Monday, August 1, 2011

Ramadhan pertama ku

Alhamdulillah... 1 ramadhan sudah berlalu...Tinggal lagi 28 hari..Cuaca cerah hari ini. Masih terasa bahangnya sampai ke malam. Planning hari ni nak masak kat rumah jer terbantut bila Lopez ajak pergi Bazaar Ramadhan dekat dengan rumah dia. Tepat pukul 5 aku terus gerak. Hati ni sangat happy bila aku, Lopez dengan Fiza masuk balik Department OCBC. Tapi sedih bila Syamsul dengan Haswadi tak tersenarai. Harap-harap diorang jumpa Abg ezam untuk rayuan semula. Sengsara sungguh bila duk kat department MBB.


Sampai jer kat SHELL aku ngan Lopez cari parking. Aku tengok suasana Bazaar penuh dengan orang ramai. Tetiba aku terkejut. Dunia ni memang kecil kan ? Orang yang aku tak nak jumpa tengah meninjau-ninjau juadah yang ada dengan kengkawan dia. Patutla hati ni rasa tak nak pergi Bazzar ni jer. Masuk jer kat deretan kedai, aku tarik Lopez ke kanan supaya tak bertembung dengan si dia. Sempat aku tengok di tangan nya dah ada beberapa bungkus makanan. Mungkin dia tak lama kat Bazzar ni. 


Selepas pusing 1 pusingan Lopez tanya aku nak makan apa.. Aku pun tak tau apa yang aku nak makan. nafsu ada tapi xde hati nak beli. Akhirnya aku singgah kat gerai roti john...Huh.. dulu RM3.00 sekarang ? RM5.00 mak aih...  Beralih ke gerai nasi kerabu aku berhenti. Dah lama tak makan nasi kerabu. Aku order 1 bungkus, biasa. Sementara aku tunggu nasi aku di bungkus ada 1 pakcik ni datang dekat "Ini nak 2 riyal" Pakcik tu pun bungkus. Banyak.. Plastik tu separuh la pakcik tu dapat. Aku tertarik... "Pakcik nak ni 2 ringgit"


Bila aku dapat bungkusan yang aku order tadi.. aku tertanya-tanya apa bezanya 2 ringgit dengan 2 riyal ? adakah sebab org yang meniaga ni orang pantai timur dan pakcik sebelah aku ni "mungkin" orang pantai timur gak, so kiranya die dapat lauk yang kuantitinya banyak, dan aku orang "KL" dan sebut 2 ringgit dapat kuantiti yang sangat-sangat berbeza..?


Ya Allah...Cuma rasa terkilan... Nak berniaga, berniaga la dengan ikhlas. Betul tak...? Kenapa nak membeza-beza kan loghat dan negeri.. Balik rumah... bila masuk waktu berbuka aku rasa lauk yang aku beli tu. Tak lah istimewa mana.. kecuali manis. Alhamdulillah.. mungkin ini bukan rezaki aku. Huhu... Berharap lepas ni taknak lagi ke Bazaar Ramadhan...(sebanarnya gerai pakcik tu jer ) hhahahaha


Boleh ker..?