Sunday, April 6, 2014

Kisah si Momo


Assalamualaikum....



Wah.. dah tiga tahun blog ni berhabuk. Fuh Fuh... tiup sana tiup sini. Banyak sangat sawang sawang nya. Fuhhhh... Fuuhhh... Dah bersih sikit. Cat mana - mana yang dah berlumut.. Haih.. 
___________________________________________________________________




Selepas Tekki ingatkan dah tak nak bela kucing. Tapi sebelum kedatangan Momo ni, aku ada membela kucing jalanan, 2 ekor. Tapi dua-dua dah takde. 
Momo ni aku jumpa masa tengah park motor. Baru balik kerja masatu. Aku perasan ada 2 3 budak dok main - main dengan dia. Dia sudah semestinya mengiau ngiau macam kelaparan. Mungkin baru lahir 2 3  minggu. (Berdasarkan saiz badan).




Di sebabkan sifat aku yang sekarang ni mudah tersentuh. Tak fikir panjang aku terus capai dia bawak naik ke rumah. Perasan ada beberapa ekor kutu merayau - rayau. Sampai rumah aku terus bagi wiskes, balance makanan kucing yang sebelum ni. Aku perhatikan dia makan dengan lahapnya. Mungkin sebab lapar. Kesian. Kecil-kecil dah dibuang jauh dari ibunya. Sah-sah belum putus susu lagi. Dengan rasa terharu, aku buat keputusan untuk membela dia.




Momo ni sangatlah lincah. Senang cerita selagi dia tak penat selagi tu dia bermain. Pantang nampak benda bergerak, cepat-cepat dia mengejarnya. Tangan aku ni, kalau takat kena cakar, memang dah bergaris-garis. Dia sangat kuat makan. Kalau dah bagi sebekas ayam rebus ( saiz mangkuk plastik 500ml) dia akan ulang makan wiskes yang dah sentiasa tersedia dalam bekas.






Perkara paling best pada Momo ni ialah. Dia dah jadi jam loceng aku setiap kali pukul 6.30am. Dia akan mengiau dan mengiau selagi aku tak bukak pintu bilik dan benarkan dia masuk. Port paling best dia nak landing ialah tepi tingkap. Mungkin seronok tengok pemandangan kot. Tapi pelik, dia tak nak pulak lepak kat balkoni. Padahal viewnya sama je. Bezanya tingkap tertutup, Balkoni open air. Mungkin dia gayat lagi kot. huhuhu...




Serius. Bela Momo macam bela anak. Anak yang baru lahir. Time dia nak tidur, dia akan menyondol-nyondol pinggang seolah-olah mencari "nenen" kat ibu dia. Selagi tak dapat makan, selagi tu dia mengiau. Selagi tak bersihkan tempat dia membuang hajat, selagi itu dia mengiau. Senang cerita selagi boleh mengiau dia akan mengiau. (Kalau bercakap sure aku dah pengsan) Hahahaha...

Dah 2 bulan Momo menjadi penghuni dalam rumahku. Aku cuba memberi apa yang terbaik untuk dia. Baru-baru ni bila Momo main-main dan gigit tanganku, aku perasan gigitannya tak kuat. Sekali cek 1 gigi taring dia dah takde. Menitik air mata membayangkan dia membesar tanpa gigi taring. Tengah pelok dia aku teringat nak "google". Siap je google baru aku tau selama aku hidup ni. Pertumbuhan gigi kucing sama dengan gigi manusia. Satu je yang tak sama. Kucing takde gigi palsu. Hehehe... Gigi susu dia akan tercabut dan di gantikan dengan gigi kekal. 

Sekarang dua-dua gigi taring bawah dia dah takde. Tapi masih gagah lagi nak gigit tangan aku. Tak padan dengan takde gigi si Momo nih.  Memandikan Momo tak sesusah memandikan Tekki. Bila dah kena air, dia diam tak meronta-ronta. Tu yang seminggu sekali mesti mandikan dia. Alhamdulillah.. kutu kat badan dia dah tak mcm dulu. Mungkin dah pupus kot dek penangan sabun. Hehehehe....


Harapan aku semoga Momo senantiasa ceria, sihat dan aktif. Rasa nak carikan kawan. Tapi... nanti dulu lah. 

~Mummy sayang momo. Buah hati Mummy~















2 comments: