Thursday, January 31, 2019

MAC N CHEESE

Bahan-bahannya :-
.
1 cawan makaroni di rebus hingga empuk
1/2 cawan tepung gandum
250ml / 1 kotak susu full cream
2 keping slice cheese
1/2 sdk lada hitam hancur
Garam
Sedikit daun parsly untuk hiasan

Cara-caranya :-

Panaskan pan dan masukkan susu. Reneh dengan api perlahan hingga mendidih. Masukkan slice cheese. Kacau perlahan hingga cheese cair. Perasakan garam dan lada hitam. Bancuh tepung dengan air. Tuang ke dalam pan. Kacau hingga pekat. Masukkan makaroni dan gaul sebati. Matikan api.
Masukkan makaroni ke dalam foil. Ratakan. Tuang keju parmesan dan ratakan sehingga menutup makaroni. Taburkan sedikit daun parsly di atasnya.
Bakar dengan suhu 100°c api atas selamat 7 minit atau sehingga cheese cair.
Sedia dihidang




Wednesday, January 30, 2019

NASI PUTIH TELUR MATA





Kebiasaannya saya akan bawa bekal setiap kali ke pejabat. Tapi akhir - akhir ni tahap kemalasan melebihi dari menyinsing lengan baju selepas usai solat subuh. Masa dihabiskan dengan bergomol - gomol dengan momo. 

Hari ini, seperti kebiasaan saya tapau nasi je dekat kedai bawah office ni. Kedai makan Leha. Mejoriti pekerja nya melayu indon bagi perempuan, india muslim bagi lelaki. Makanannya ok. Cuma kalau Diorang tukar variety sesekali mungkin lebih menarik. Sepanjang hampir 2 tahun kerja kat Office sekarang ni, saya dah hafal menu yang di hidangkan dan susun atur hidangan.

Kebanyakan pelanggan yang datang makan dekat sini pelbagai golongan sebab lokasinya berdekatan dengan KLCC , Megan Avenue K dan lain - lain bangunan.

Yang menarik minat saya hari ini ialah satu pelanggan rasanya dari District Cooling system belakang bangunan saya berdasarkan coverall yang dia pakai. Mungkin Bangsa Bangladesh. Saya perasan dia ambil nasi putih untuk 2 orang makan. Kemudian di letakkan kuah dhall ( banjir ) dan sebijik telur sambal.

Selesai saya buat pembayaran, dia letakkan nasi tersebut atas meja kaunter bayar. Dia tak order air. Saya berlalu pergi. Sampai di office saya terus makan. Sambil makan saya terfikir. Hari ni saya tapau Nasi putih + kangkung belacan + tumis bendi + telur goreng + ikan gelama masin. Harganya rm4.50. Dia pulak nasi + kuah dhall + telur sambal. Mungkin lagi murah dari saya. 

Seleksi yang banyak tak menggugat iman dia dari ambil lebih dari apa yang dia patut makan. Saya buat andaian sendiri, mungkin gaji dia tak banyak memandangkan kos sara hidup yang tinggi dekat KL ni. 

Saya tak salahkan sesiapa dalam kebanjiran warga asing mencari kerja di Malaysia. Malaysia mahukan pembangunan tapi takde sumber tenaga. Bukan takde lebih tepat lagi rakyat malaysia sendiri memilih kerja. Demand dari pihak pemaju yang mahukan kos tenaga buruh yang lebih murah menjadikan rakyat malaysia lansung tak berminat dalam sektor pembangunan ni. 









RESEPI ORANGE Mc Fizz

Sesekali buat air fusion seronok jugakan. Kali ini kita buat Air Orange McFizz yang ala-ala Mcd. Biasa arinya ada masa promo prosperity burger je. Itu tanda Chinese New Year is coming. Ok jom tengok resepi mudah untuk menyediakannya.

Bahan-bahannya :
Air sprite

3 sdb Pati sanquick
Air
Ais batu


Cara-caranya :
Masukkan pati sanquick ke dalam cawan. Campurkan setengah cawan air. Gaul sebati. Ambil gelas tinggi. Masukkan air oren. Lepastu masukkan ais batu. Kemudian tuang air sprite.
Sedia dihidang