Trifle |
Nak pergi rumah mak tapi tak tahu apa yang nak di bawa sebagai buah tangan. Selak - selak buku resepi terjumpa resepi Trifle. Dah lama tak buat. Kecur air liur bila teringatkannya. So memandang 13 Mei hari cuti Wesak, saya melapangkan diri mensinsing lengan baju masuk dapur. Resepi saya amik dari hasil google di internet dan kemudian di gabung gabungkan. Hasilnya adalah seperti di atas. Jom intai resepi nya di bawah ni.
Resepi
Trifle
Bahan-Bahan
nya :
1 bungkus
kek swiss roll ( apa-apa perisa kegemaran)
1 peket
agar-agar Kristal
1 tin fruit
cocktail
2 sudu besar
tepung custard
3 sudu gula
3 cawan susu
segar
Cara – caranya
- Campurkan tepung custard, gula, susu dalam periuk. Panaskan dengan api yang sederhana. Kacau hingga pekat dan menggelegak. Angkat dan sejukkan.
- Potong kek swis roll 1 cm dan susun dalam bekas. Tekan-tekan sikit supaya padat.
- Ambil jus cocktail sedikit. Tuang atas kek tadi supaya moist.
- Tuang sos custard tadi menutupi kek
- Tabur buah cocktail mengikut citarasa.
- Bancuh agar-agar mengikut arahan yang di sediakan dekat belakang paket.Kemudian curahkan perlahan lahan di atas cocktail tadi.
- Masukkan dalam peti sejuk dan boleh di hidang.
*Whiped cream boleh beli yang dah siap dekat kedai. Kalau rajin nak buat fresh whiped cream caranya ialah :
1 kotak heavy whipping cream 250gram
3 sudu gula icing
- Pukul whipping cream dan gula icing guna mixer dengan kelajuan yang tinggi.
Nota kaki : Fruit cocktail boleh guna fresh fruit. Saya guna buah kiwi dan buah peach.
No comments:
Post a Comment