Thursday, May 26, 2011

Pokoknya hati

Hampir sebulan aku menghuni di tempat baru.. kawan baru... Pengalaman baru juga. Perkara yang tak terlintas pun banyak berlaku die tempat yang baru sekarang ni.. Orang kata Office hour ni seronok sbb Sabtu Ahad memang boleh cuti... Tapi.. nak disiplin kan diri bangun pagi..Menempuh jalan jem.. Aduhai...kenapalah orang nak keje kat KL nih. Kan ? Tak pernah terlintas kat pala orang-orang ni ke buat 1 lagi perkhidmatan kereta terbang atau motor terbang... Kan ? Jem kat udara jer.. kat jalan lengang. Buat undang-undang had limit boleh terbang tak melepasi untuk laluan kapal terbang. Hahaha..Misi Imposibble ker tuh ?


Berbalik pada yang asal... hal yang berkaitan dengan kerja-kerja aku skarang nih banyak berkisar tentang kehidapan dan perancangan. Nak menjadikan sesuatu perkara itu berjalan dgn lancar kite perlukan perancangan yang rapi. Betul tak ? Tapi tak selalu yang kita rancang menjadi kenyataan. Kan? Lagi-lagi tentang duit. 


Ada manusia yang bila nampak duit.. rambang mata. Banyak benda yang diorang nak buat tanpa mengira baik buruk untung dan rugi nya sesuatu hal itu. Yang pastinya..bila duit yang menjadikan kita "raja" semakin berkurangan.. kita tak berusaha untuk menambahkannya. 


Rata-rata rakyat Malaysia ni lebih suka demand. Kerja-kerja berat dah tak nak buat. Kalau boleh nak kerja yang duduk goyang kaki tapi duit masuk ibarat air. Bukan ak menuding jari.. tapi hakikatnya semua orang boleh nampak. Tenaga mahir bukan dari kalangan rakyat Malaysia tapi dari luar negara. Kalau tak belajar amik course kat Giatmara, CIDB atau pusat-pusat latihan kemahiran.. rasanya rakyat Malaysia tak tau kot nak bina rumah sendiri. 


Tapi ada yang lagi teruk bila sisuami menghabiskan duit si isterikan? Aduhh.. macam manalah lelaki-lelaki ini yang tergamak ambil duit dari isteri untuk kegunaan isteri. Alasan takde kerja.. sebenarnya tak masuk akal kan? Sedangkan orang Nepal, Myanmar pun boleh hidup dekat Malaysia ni... ini rakyat Malaysia sendiri tak boleh pijak di atas kaki sendiri di dalam negara sendiri. pelik? Xde yang pelik dalam dunia ni. Kan ?


Pokok pangkalnya hati kan?? Kalau betul kita nak berusaha.. pasti ada jalannya.. bukan berpeluk tubuh menadah tangan mengharapkan bantuan orang lain... walaupun isteri sendiri. Malukan ? 











No comments:

Post a Comment