Sunday, May 29, 2011

Kenduri kat kampung lagi best kan ?

Perjalanan dari Office nak ke Damansara Perdana tempat kenduri, bukanlah memerlukan masa yang lama. Yang lama sebab tak jumpa rumah pengantin. Pusing-pusing dah peta ku belek. Salah alamat ker apa nih? Sudahnya Abg Ezam pergi tanya kat seorang mamat kat kedai Nombor TOTO..

Jalan dah betul, tapi disebabkan takde “signboard” memang sesapa pun x perasan. Kain rentang yang sepatutnya ada rupanya dah tergolek dok kat tanah. Memang sesat la kami 3 buah kereta yang jarang-jarang melalui kawasan rumah-rumah orang kayas nih. Hahaha
Sampai jer Kat Dewan Desa Temuan tu, Pengantin baru nak berarak. Thanks Abg Ezam bagi kami balik awal. Kalau tak , tak taula pukul bper kami sampai. Hehehe
Lepas jumpa Abg Sobri, tuan punya kenduri kami pun masuk la ke dewan untuk menjamu selera. Adoi ! Nasi minyak + ayam masak merah + daging rendang + acar buah + buah limau + air sirap. Sangat-sangat simple menunya. Sangat berbeza kalau kenduri di kampong.

Kalau kat kampong kenduri sangat meriah. Meriah dengan makanan. Lagi-lagi stail orang jawa kampong aku. Tak kira la di Ijok ker, Tanjung Karang ataupun Sekinchan. Menjamu tetamu sekenyang-kenyangnya. Terbukti kengkawan aku yang mengikut akubalik kampong tak menyesal kerana di jamu sekenyang-kenyangnya.

Ada jenis tuan rumah yang siap bagi berkat kalau budget diorang lebih.  Mak kepada kawan aku yang asalnya orang Melaka, bertahun tinggal di Kuala Lumpur terpegun dengan menu masakan yang terhidang .

“Aley, mana satu nak makan ni ada 7 jenis masakan?” “Makcik amik jer semua tuh. Boleh rasa. Tak cukup boleh tambah”.

Bila aku bawak Syuk n the geng pergi kenduri kat Ijok, rumah kawan sekolah aku pada malam Sabtu, banyak yang diorang perkatakan dan persoalkan.

“Ada lagi ker makanan memalam ni Aley?”
Aku cakap..
“Dah sampai korang tengok sendiri”

Bila sampai jer  kat rumah pengantin, diorang terkejut sebab ramai orang yang datang. Dan yang penting makanan banyak terhidang. Panas-panas lagi sedia untuk di makan. Yang bagus nya kawan aku siap bagi lagi berkat sebelum kami balik. Yang kelakarnya diorang tak sabar nak tunggu kenduri aku plak nanti. Cmaner meriahnya. Siap nak amik cuti berhari-hari untuk ke kenduri rumah aku nanti. Bila erk? Yang tu kena Tanya tuan punya badan bila dia nak melamar aku. Kan ?

Habis jer makan kami cepat-cepat beredar keluar dari dewan. Bukan kerana ramai orang. Tapi disebabkan bahang kepanasan. Sempat aku perhati Cuma ada beberapa buah kipas sahaja. Itu pun dekat pelamin dan dekat meja-meja ala-ala VIP gitu. Tempat lain, memang xde lah. So tetamu yang ada kat situ semua nya bermandikan peluh. Kebetulan pulak cuaca sangat panas hari ni.

Dari cerita Abg Sobri dia bergabung dengan pihak lelaki untuk kenduri ini. Bagus. Jimat kan. Tapi dalam hati aku, jimat sangat pun susah jugak kot. Dan yang aku pelik kenapa dewan ni yang diorang pilih sebab kedua-dua keluarga bukan dating dari tempat-tempat yang berdekatan. Abg Sobri pun sesat nak pergi ke Dewan ni pagi tadi. Adoi…  Fenin aku dibuatnya…^_^




No comments:

Post a Comment