Tuesday, June 7, 2011

Bila hati berubah

Betul kata pepatah, manusia ni mudah lupa pada yang menciptanya. Ada yang sampai menafikan kewujudannya. 


Kadang-Kadang Allah turunkan aku ujian sekali serentak. Jauh disudut hati ini perit sangat rasanya. Tapi aku tahu dia bukan nak membebankan aku, tapi nak menguji kekuatan hatiku. Mengingatkan aku akan tanggungjawab yang sebenarnya. Adakah aku benar-benar kuat untuk mengahdapi dugaanNya. Dan aku berharap aku boleh sabar menghadapinya sambil menadah tangan memohon dikurangkan bebanan yg tertanggung dibahu ini. 


Dan di saat ini... aku teringat pada seorang teman.


Hurm...

Sunday, May 29, 2011

Kenduri kat kampung lagi best kan ?

Perjalanan dari Office nak ke Damansara Perdana tempat kenduri, bukanlah memerlukan masa yang lama. Yang lama sebab tak jumpa rumah pengantin. Pusing-pusing dah peta ku belek. Salah alamat ker apa nih? Sudahnya Abg Ezam pergi tanya kat seorang mamat kat kedai Nombor TOTO..

Jalan dah betul, tapi disebabkan takde “signboard” memang sesapa pun x perasan. Kain rentang yang sepatutnya ada rupanya dah tergolek dok kat tanah. Memang sesat la kami 3 buah kereta yang jarang-jarang melalui kawasan rumah-rumah orang kayas nih. Hahaha
Sampai jer Kat Dewan Desa Temuan tu, Pengantin baru nak berarak. Thanks Abg Ezam bagi kami balik awal. Kalau tak , tak taula pukul bper kami sampai. Hehehe
Lepas jumpa Abg Sobri, tuan punya kenduri kami pun masuk la ke dewan untuk menjamu selera. Adoi ! Nasi minyak + ayam masak merah + daging rendang + acar buah + buah limau + air sirap. Sangat-sangat simple menunya. Sangat berbeza kalau kenduri di kampong.

Kalau kat kampong kenduri sangat meriah. Meriah dengan makanan. Lagi-lagi stail orang jawa kampong aku. Tak kira la di Ijok ker, Tanjung Karang ataupun Sekinchan. Menjamu tetamu sekenyang-kenyangnya. Terbukti kengkawan aku yang mengikut akubalik kampong tak menyesal kerana di jamu sekenyang-kenyangnya.

Ada jenis tuan rumah yang siap bagi berkat kalau budget diorang lebih.  Mak kepada kawan aku yang asalnya orang Melaka, bertahun tinggal di Kuala Lumpur terpegun dengan menu masakan yang terhidang .

“Aley, mana satu nak makan ni ada 7 jenis masakan?” “Makcik amik jer semua tuh. Boleh rasa. Tak cukup boleh tambah”.

Bila aku bawak Syuk n the geng pergi kenduri kat Ijok, rumah kawan sekolah aku pada malam Sabtu, banyak yang diorang perkatakan dan persoalkan.

“Ada lagi ker makanan memalam ni Aley?”
Aku cakap..
“Dah sampai korang tengok sendiri”

Bila sampai jer  kat rumah pengantin, diorang terkejut sebab ramai orang yang datang. Dan yang penting makanan banyak terhidang. Panas-panas lagi sedia untuk di makan. Yang bagus nya kawan aku siap bagi lagi berkat sebelum kami balik. Yang kelakarnya diorang tak sabar nak tunggu kenduri aku plak nanti. Cmaner meriahnya. Siap nak amik cuti berhari-hari untuk ke kenduri rumah aku nanti. Bila erk? Yang tu kena Tanya tuan punya badan bila dia nak melamar aku. Kan ?

Habis jer makan kami cepat-cepat beredar keluar dari dewan. Bukan kerana ramai orang. Tapi disebabkan bahang kepanasan. Sempat aku perhati Cuma ada beberapa buah kipas sahaja. Itu pun dekat pelamin dan dekat meja-meja ala-ala VIP gitu. Tempat lain, memang xde lah. So tetamu yang ada kat situ semua nya bermandikan peluh. Kebetulan pulak cuaca sangat panas hari ni.

Dari cerita Abg Sobri dia bergabung dengan pihak lelaki untuk kenduri ini. Bagus. Jimat kan. Tapi dalam hati aku, jimat sangat pun susah jugak kot. Dan yang aku pelik kenapa dewan ni yang diorang pilih sebab kedua-dua keluarga bukan dating dari tempat-tempat yang berdekatan. Abg Sobri pun sesat nak pergi ke Dewan ni pagi tadi. Adoi…  Fenin aku dibuatnya…^_^




Saturday, May 28, 2011

Kerja punya kerja

Terasa bahu dicuit aku menoleh. Mama Ju tersenyum.
“Aley boleh tak belikan hadiah tuk Abg Sobri esok?”.
“Boleh rasanya. Barang apa yang akak nak saya beli? Tempat saya kalau pinggan n cawan banyak la yang murah”.
“Akak rasa kalau electric stuff okay kot”.
“Hurmmm.. Takper nanti saya check” Mama Ju berlalu.
Aku mengetuk-ngetuk keyboard..Tuk tuk tuk.. Iqa tension. Customer dia x berangkat seorang pun.
Jam 1:00pm. Mendung. AKu berkira nak balik dulu baru pergi cari barang. Tapi bila dah sampai rumah, layan Hindi movie dengan cuaca redup, mata pun kuyu jer. Kebetulan Hujan renyai-renyai pulak.
Lepas Magrib aku bergegas ke Pasaraya terdekat. Lambat-lambat karang hujan naya jer. Tak boleh bawak kereta sebab roadtax lum renew. Terpaksalah nek motor jer. Harap-harap hadiah yang aku beli nanti tak lah besar.
Sampai jer aku terus meluru kat bahagian barang-barang elektrik. Satu-persatu aku belek. Blender, kipas meja, sterika, periuk nasi. Harga boleh tahan. Disebabkan Mama Ju nak barang elektrik, aku pun amikla Rice Cooker jenama ELBA.
Sampai kaunter, Cashier tu cakap “Kak kalau nak wrappers pegi kat bahagian customer services tuh, nanti dia akan balutkan” Aku senyum. Ambil baki Bahagian customer services aku tuju.
Sedang si adik tu membungkus hadiah tuk Abg Sobri nih, datangla seorang makcik. Mungkin adik tu tak perasaan makcik tu menunjukkan resit utk penebusan hadiah. Makcik tu berlalu kea rah suaminya. Mengomel mungkin sebab tak dilayan. Aku perhati jer gelagat makcik nih. Selang beberapa minit dia dating balik kat meja customer services.
Dengan suara yang kuat “Dik! Nak tebus hadiah,”
Si adik ni dengan muka selamba menarik resit si makcik nih. Muka seposen die pergi ke rak amik barang yang nak ditebus. Alahhhh ! Ciput jer pun hadiah yang nak di tebus. Ingat kan Tupperware ker, pembakar roti ker. Ini dompet kecik jer pun tak boleh sabar. Adoi. Fail betul makcik ni.
Aku senyum betul-betul bila tengok perangai makcik ni. Aku rasa si adik tu pun perasaan aku geleng kepala.”Dik, lau nak dapatkan plastic boleh,?” “Kak, hari ni Sabtu memang kita tak bagi plastic. Kalau nak kita charge.”
“Berapa?”
“20sen”
“Owh”
Kesudahannya aku berlalu tanpa membeli plastic beg. Berlagak kan. Sampai motor rupanya tak muat dalam raga motor. Padan muka aku. 20sen jer berkira. Tawakkal balik tadi bawak slow-slow. Rasa nya 20km/j jer kot. Tapi risau gak takut disondol dari belakang sebab slow sangat. Nak lelaju takut handle x boleh nak kiri kanan sebab hadiah tu aku letak atas handle. Perghh.. Memang tawakkal gila. Bukan risau sebab takut jatuh, tapi risau hadiah yang jatuh.
Bengong betul