Tuesday, March 22, 2011

Senja nan merah

Ahad, 20 Mac - Aku  sampai office tepat pukul 6.30pm. Jalan tak jem hari ini. Dari tempat aku park kereta, aku boleh tengok orang lalu lalang masuk dan keluar dari stesen Putra dan STAR. Ada yang seorang, berdua dan berkumpulan. Ada yang laju ada yang melenggang2. Masing-masing bergerak menuju ke tempat tujuan.


Dari jauh aku ternampak kelibat dua orang lelaki dan perempuan berpegang tangan. Sambil tangan mereka dihayun ke depan dan kebelakang. Aku senyum sendiri. Mengingati kisah mereka, perjalanan hidup mereka aku bersyukur dengan apa yang terjadi pada diriku.


Tak semua orang yang berpasangan itu bahagiakan ? Hati selalu bertanya, akal selalu berfikir sampai bila dia nak melaluinya dgn hubungan sebegitu? Si lelaki sudah terang-terangan mempuanyi kekasih yg lain selain darinya. Bila tanya apa pengakhirannya tiada respon. Tidak tahu mana satu jadi pilihannya. Yang disini atau yang di sana. Pelik? Taklah. Manusia ni bila dah tamak memang tak boleh nak buat keputusan yang rasional. Kan?


Yang pasti disini terluka dan di sana pun terluka. Alamak dah macam lagu Ukays plak. Disana menanti di sini menunggu. Cuma bezanya 2 pompuan dalam lagu ni x tau yg mereka ni bermadu sblm masanya nak compare pompuan yang sekarang ni. Huhu...


Kalau aku berada di tempat sekarang ni. Diantara perempuan ini.. aku lebih rela mengalah. Bukan Tak sanggup nak bermadu sebelum masanya tapi sampai bila nak tamakkan diri. Yang ada ni pun sementara saja berbanding diSana nanti. Lebih baik terluka sekarang dari terseksa di masa hadapan. Betul tak ? ^_^



No comments:

Post a Comment