Wednesday, March 30, 2011

Hati ini

"Saya rasa patut akak buat Solat Istikaroh. Jawapan yang Dia bagi nanti, itu jawapan yang sebaik-baiknya". Aku termanggu. Diam membisu. Mengiyakan tidak, menidakkan pun tidak. Satu keluhan terkeluar dari mulutku. Aku kembali ke meja kerja ku. Pen di tangan masih mencoret-coret di kertas yang memang dah tersedia untuk di conteng.


Seorang demi seorang staff datang tanyakan maklumat yang diorang tak tau. Biasanya tentang Grid area. Tapi dalam masa yang sama fikiran aku masih bercelaru. Macam mana pun kerja perlu diteruskan. Aku x nak ianya menggangu fikiran sehingga kerja yg di buat tunggang terbalik. 


Di saat ini tempat yang teringin sangat aku pergi... Pantai... aku pun x tau kenapa. Tapi aku sanggup habiskan masa berejam dok mengadap pantai. Masa ni gak aku teringin nak makan banyak benda... ermmm... sangat runsing kan?


Buat masa ni, biarla macam ni. Masih lagi mengikut kata hati. Nak berserah pada Nya mungkin belum masanya. Akal masih lagi boleh digunakan. Apapun harapan aku keputusan ini   tidak akan menyebabkan penyesalan di kemudian hari sekiranya sesuatu terjadi lagi. Sesungguhnya aku manusia yang sangat lemah.


Kepada yang terlibat, aku memerlukan masa, masa untuk bersendiri. Maafkan aku.

No comments:

Post a Comment