Saturday, July 9, 2011

Tanggungjawab saya

Hari minggu macam ni tak bayank yang aku buat. Lepas kemas rumah, masak dan makan ngadap komputer la jawapnya. Aku suka baca komen-komen yang member-member post. rasa tergerak nak balas, aku balas. Kalau tak aku biar jer. Tergerak hati aku nak baca komen dari member aku berkenaan dengan "BERSIH". 


Panas gak.. ada yang menyokong ada yang membangkang. Yang membangkang tu bila difikirkan ada gak betul nya sebab aku pun membangkang. Bukan apa. Sebab perhimpunan tu gak la office aku cuti. fahtu kena ganti plak waktu kerja pada 17/7/2011 ni. Mau nya tak haru kena kerja di hari minggu?


Satu-satu aku skroll ke bawah. Part bila tanggungjawab masing-masing..buat aku terfikir kan tentang senario 2 hari lepas...Member aku masa tu tengah bercakap dengan seorang customer."Saya tau encik tak suka saya call, tapi encik tak pernah nak jalankan tanggungjawab encik. Patut kena bayar sekian-sekian duit bayar jela. Dah guna kena la bayar balik. Kalau semua orang tak nak bayar susahla. Encik bagi pinjam duit dekat orang lain pun encik nak orang tu pulangkan balikkan?. Kita ada tanggungjawab masing-masing. Encik ada tanggungjawab pergi kerja bagi anak bini makan, saya pun ada tanggungjawab jugak. Pastikan semua customer saya bayar ikut masa yang ditetapkan"


Betul ke tak? Kita masing-masing ada tanggungjawab masing-masing. Samaada tuk diri sendir, keluarga dah kepada Yang Maha Pencipta. Kalau kita lalai atau sengaja wat tak tau akan tanggungjawab kita, terpaksa la orang lain ingatkan kita tentang tanggungjawab kita ini. 



Tuesday, June 7, 2011

Bila hati berubah

Betul kata pepatah, manusia ni mudah lupa pada yang menciptanya. Ada yang sampai menafikan kewujudannya. 


Kadang-Kadang Allah turunkan aku ujian sekali serentak. Jauh disudut hati ini perit sangat rasanya. Tapi aku tahu dia bukan nak membebankan aku, tapi nak menguji kekuatan hatiku. Mengingatkan aku akan tanggungjawab yang sebenarnya. Adakah aku benar-benar kuat untuk mengahdapi dugaanNya. Dan aku berharap aku boleh sabar menghadapinya sambil menadah tangan memohon dikurangkan bebanan yg tertanggung dibahu ini. 


Dan di saat ini... aku teringat pada seorang teman.


Hurm...

Sunday, May 29, 2011

Kenduri kat kampung lagi best kan ?

Perjalanan dari Office nak ke Damansara Perdana tempat kenduri, bukanlah memerlukan masa yang lama. Yang lama sebab tak jumpa rumah pengantin. Pusing-pusing dah peta ku belek. Salah alamat ker apa nih? Sudahnya Abg Ezam pergi tanya kat seorang mamat kat kedai Nombor TOTO..

Jalan dah betul, tapi disebabkan takde “signboard” memang sesapa pun x perasan. Kain rentang yang sepatutnya ada rupanya dah tergolek dok kat tanah. Memang sesat la kami 3 buah kereta yang jarang-jarang melalui kawasan rumah-rumah orang kayas nih. Hahaha
Sampai jer Kat Dewan Desa Temuan tu, Pengantin baru nak berarak. Thanks Abg Ezam bagi kami balik awal. Kalau tak , tak taula pukul bper kami sampai. Hehehe
Lepas jumpa Abg Sobri, tuan punya kenduri kami pun masuk la ke dewan untuk menjamu selera. Adoi ! Nasi minyak + ayam masak merah + daging rendang + acar buah + buah limau + air sirap. Sangat-sangat simple menunya. Sangat berbeza kalau kenduri di kampong.

Kalau kat kampong kenduri sangat meriah. Meriah dengan makanan. Lagi-lagi stail orang jawa kampong aku. Tak kira la di Ijok ker, Tanjung Karang ataupun Sekinchan. Menjamu tetamu sekenyang-kenyangnya. Terbukti kengkawan aku yang mengikut akubalik kampong tak menyesal kerana di jamu sekenyang-kenyangnya.

Ada jenis tuan rumah yang siap bagi berkat kalau budget diorang lebih.  Mak kepada kawan aku yang asalnya orang Melaka, bertahun tinggal di Kuala Lumpur terpegun dengan menu masakan yang terhidang .

“Aley, mana satu nak makan ni ada 7 jenis masakan?” “Makcik amik jer semua tuh. Boleh rasa. Tak cukup boleh tambah”.

Bila aku bawak Syuk n the geng pergi kenduri kat Ijok, rumah kawan sekolah aku pada malam Sabtu, banyak yang diorang perkatakan dan persoalkan.

“Ada lagi ker makanan memalam ni Aley?”
Aku cakap..
“Dah sampai korang tengok sendiri”

Bila sampai jer  kat rumah pengantin, diorang terkejut sebab ramai orang yang datang. Dan yang penting makanan banyak terhidang. Panas-panas lagi sedia untuk di makan. Yang bagus nya kawan aku siap bagi lagi berkat sebelum kami balik. Yang kelakarnya diorang tak sabar nak tunggu kenduri aku plak nanti. Cmaner meriahnya. Siap nak amik cuti berhari-hari untuk ke kenduri rumah aku nanti. Bila erk? Yang tu kena Tanya tuan punya badan bila dia nak melamar aku. Kan ?

Habis jer makan kami cepat-cepat beredar keluar dari dewan. Bukan kerana ramai orang. Tapi disebabkan bahang kepanasan. Sempat aku perhati Cuma ada beberapa buah kipas sahaja. Itu pun dekat pelamin dan dekat meja-meja ala-ala VIP gitu. Tempat lain, memang xde lah. So tetamu yang ada kat situ semua nya bermandikan peluh. Kebetulan pulak cuaca sangat panas hari ni.

Dari cerita Abg Sobri dia bergabung dengan pihak lelaki untuk kenduri ini. Bagus. Jimat kan. Tapi dalam hati aku, jimat sangat pun susah jugak kot. Dan yang aku pelik kenapa dewan ni yang diorang pilih sebab kedua-dua keluarga bukan dating dari tempat-tempat yang berdekatan. Abg Sobri pun sesat nak pergi ke Dewan ni pagi tadi. Adoi…  Fenin aku dibuatnya…^_^