Wednesday, February 19, 2020

NASI KERABU PANJI , PANTAI SANOK , PCB , NASI DAGANG [Travelog JJCM KOTA BHARU Kelantan]


Kota Bharu, Kelantan {16th February till 18th February 2020}
Air Asia return {RM110.00} /1
Time {6:25am -7:30am} / {17:20pm -18:30} ON TIME        
Hotel Kota Bharu City Point { 2 night RM201 } /3        
Grab for 3 days {RM148.00} /3

Sempena #VisitKelantan2020 maka kami terbang ke negeri Cik Siti Wan Kembang untuk JJCM kali ini.

Kali terakhir sampai ke Kelantan kalau tak silap tahun 2005. So kali ni JJCM nak cuba try test original masakan pantai timur ni. So touch down je dekat Airport Sultan Ismail Petra since belum boleh check-in sebab baru 7:30am kami mulakan terus JJCM !

Itinerary sepanjang 3 hari disana

KOPITIAM KITA
> Nasi Kerabu
> Nasi Dagang Ikan
> Nasi Lemak
> Roti Titab
> Teh Ais Madu
Sis bagi 3.5 🌟










Roti titab disapu dengan planta sebelum di grill. Kombinasi roti telur setengah masak dan kaya home made tu secukup rasa. Boleh pilih 1 telur ataupun 2 telur setengah masak.
Kedai ni tak putus² pelanggan datang sejak dari kami masuk sampailah kami keluar.

Dapat text dari hotel kami boleh check-in awal. Dalam 9:30am. Terus ke hotel dan check-in. Kami pilih Kota Bharu City Point sebab lokasi dia sangat strategik dengan Pasar Siti Khadijah , Street Art , Tower  , Istana Balai , dan 2 3 kedai makan yang viral.

Selesai check-in dan bersihkan diri. Kami ke Pasar Siti Khadijah dan sekitarnya.

> Pasar Siti Khadijah {masih dalam peringkat renovasi}
> Bazar Buluh Kubu { penggemar batik boleh dapatkan koleksi di sini}
> Gerbang Kota Sultan
> Pitis Bank Kota Bharu
> Istana Balai Besar
> Nasi Ulam Cikgu {recommended by all grab driver}
Senang cerita dari tempat ambil nasi sampai nak ke hujung memang banyak ulam-ulam. So penggemar ulam memang patut cuba kedai ni. Selain tu harga makanan dia sangat berbaloi².
Sis bagi 3.5 🌟




Petangnya kami ke Pantai Senok. Landskap dia ala-ala seperti Nami Island. So kalau belum sampai ke Korea boleh je bergambar di sini. Selesai sudah berselfie bagai kami terus menuju ke Dataran ChengHo. Ada 1 gerai nasi kukus sedap kat sana

Dataran Cheng Ho
> Nasi Kukus Panji
> Corn Dog
> Coffee Vietnam
> Waffle
Sis bagi 3.5 🌟











Nasi kukus Panji ni yang best nya ayam dia belah 4 sahaja. Digoreng garing. Side dish boleh pilih timun atau pun bendi. Ada juga lauk lain selain ayam goreng contoh sotong , ikan , daging dll. Uniknya dekat sini ada 2 line untuk beratur. 1 line untuk makan di sana dan 1 line lagi untuk bungkus bawa balik. Habis makan je kami sempat beli lain-lain dish untuk bawa balik ke hotel.

Breakfast di Nasi Kerabu Panji
> Nasi kerabu golok
- Ayam percik
-Daging bakar
-Paru goreng
> Kubaguling
Sis bagi 4.5 🌟







Nasi kerabu paling sedap kami makan pagi ni. Ayam percik dia sgt rasa rempah² marinate nya.
Daging bakar dia lembut. Paru goreng dia tak liat. Senang cerita memang kena dengan tekaklah. Pakcik Grab terkejut kami pilih kedai ni yang agak jauh dari hotel (14min journey) sebab sebelum sampai warung ni ada 2 lagi warung yang viral kami jumpa.

Kuba guling dia tak manis sangat dan rasa lemak² je kat tekak. Sangat² recommended.

> Street Art
> Tower Clock
> Pohon Nako
> MIB
Sis bagi 3.5 🌟

5 minit jalan kaki dari Hotel ke Street Art. Untuk info Street Art pada hari Jumaat pagi ada jualan sayur² kampung dari penduduk tempatan. So kalau nak ootd , photoshoot elakkan pergi pada pagi Jumaat.





Lunch tengahari kami di Pohon Nako. Dari jauh dah ramai yang berbaris. Jangan salah paham ye. Yang berbaris tu semua nya nak tapau or bungkus. So kalau nak makan dekat sana terus je masuk dalam cari meja kosong. Akan ada pekerja yang akan amik order.


Menunya Nasi kukus ayam goreng quarter. Side dish kali ni kami pilih kerabu beka. 1st time makan. Rasanya sangat best. Boleh cuba siapa yang tak pernah makan.




Petangnya kami gerak ke MIB {Medan Ikan Bakar}. Dengan harapan nak naik boat pusing-pusing sungai . Lepas tu nak cuba Pak Mat Sup Kepala Ikan. Lebih 1 jam tunggu driver boat tak muncul-muncul. Frustrated sangat kami explore kawasan sekitar. Nak makan sup kepala ikan pun dah takde mood sampailah kami dekat 1 stall canting batik.






Disebabkan tak pernah mencanting kami decide nak mewarna petang-petang ni. 1 block tu dia charge RM8.00 . Puas hati


Sebelum balik hotel singgah SUBWAY. Try cheezy garlic bread dia. Not bad

Dinner

> Wakaf Che Yeh
> F.A Nasi air
> Pasar Karat KB


Masa sampai Wakf Che Yeh hujan baru berhenti. Banyak gerai tak bukak lagi. So kami Cuma ronda-ronda sekejap sebelum pergi ke FA Nasi air. Pasar malam ni kalau kat KL kategori Uptown lah. Petang diorang buka gerai, time magrib diorang tutup sekejap then buka semula hingga jam 2 ke 3 pagi. Kebiasaan orang ramai datang pada hari Jumaat dan Sabtu. Kami terus menuju ke FA Nasi air

Nasi air ni kalau dekat KL di panggil bubur berlauk. Dekat FA Nasi air ni kami pilih sotong , telur masin , kangkung belacan , ikan bilik dan cendawan untuk side dish.
Boleh tahan gak rasa dia. Tapi macam version yang sama semuanya.

On the way nak  ke pasar karat hujan turun semula dipertengahan jalan. So far traffic tak lah berapa nak jem. Mungkin sebab hari bekerja so ramai yang lebih suka duduk dirumah.

Breakfast
> Original Nasi Kak Wok
> Milo Tonggeng
> PCB
Sis bagi 3.5 🌟



Sinonim orang Kelantan waktu sarapan pagi makan yang berat-berat sebab lepas tu nak buat  bertani atau pun kerja berat. Pagi tu kami bersarapan di Original Nasi Kak Wok.

Nasi putih berlaukkan ayam goreng cincang, sedikit gulai ayam dan sambal belacan telah diilhamkan oleh Kak Wook {Allayarhamah Mek Wook Hassan}

Kemudian kami ke Warung Pok Loh Milo Tonggeng. Kenapa di gelar Milo tonggeng ? sebab masa nak buat air milo tu dia pecahkan sikit penutup dan tonggengkan tin milo hke cawan hingga penuh. Kebanyakan kedai makan atau warung di sana ada banyak seleski pilihan makanan bungkus. Tinggal pilih ambil dan makan.




Destinasi terakhir kami ialah Pantai Cahaya Bulan. Dekat sini ada banyak deretan kedai makan panas dan seafood celup tepung. Suasa pantai yang berangin sambal makan celup-celup tepung memang heaven.







No comments:

Post a Comment