Wednesday, February 16, 2011

Kisah si manis dan bas

Si manis tidak sangka bas yang dia naiki hari-hari rosak. Dia akan lewat. Lalu dengan geram dia menendang-nendang bas buruk itu tanda protes. Dengan tidak semena-mena datang sebuah bas yang sangat cantik mempelawanya naik. Si manis tidak menghiraukan bas yang telah byk berjasa kepadanya lalu meninggalkannya tanpa rasa belas. Si manis memuji kecantikan bas yang baru ini. Cepat dan selesa.

Tapi di suatu hari yang tak disangka bas yang cantik itu tidak lagi mahu menumpangkan si manis kerana katanaya ia merugikan. Si manis sangat sedih lalu kembali ke pondok bas dan menunggu kalau-kalau ada bas yang akan melaluinya lagi.

5 minit.. 10 minit..Si manis hampa. Lantas dia teringat bas buruk yang banyak berjasa kepada nya. Dia sedih lagi. Tiba-tiba... Ponnnn ponnnn... Si manis menoleh.. bas buruk berhenti di hadapannya mempelawa naik. Dengan rasa segan si manis menerima pelawaan tersebut. Kondisi bas masih sama. cuma ianya sudah di perbaiki. Dengan perlahan bas membawa simanis ke tempat yg hendak dia tuju. Si manis gembira walaupun die pernah menyakiti bas buruk itu, namun bas tersebut setia berkhidmat padanya hingga ke akhir hayatnya..


Tamat.


Moral nya :
Jangan la kita memandang sesuatu yang cantik itu akan berkekalan. 

No comments:

Post a Comment