Alhamdulillah... 1 ramadhan sudah berlalu...Tinggal lagi 28 hari..Cuaca cerah hari ini. Masih terasa bahangnya sampai ke malam. Planning hari ni nak masak kat rumah jer terbantut bila Lopez ajak pergi Bazaar Ramadhan dekat dengan rumah dia. Tepat pukul 5 aku terus gerak. Hati ni sangat happy bila aku, Lopez dengan Fiza masuk balik Department OCBC. Tapi sedih bila Syamsul dengan Haswadi tak tersenarai. Harap-harap diorang jumpa Abg ezam untuk rayuan semula. Sengsara sungguh bila duk kat department MBB.
Sampai jer kat SHELL aku ngan Lopez cari parking. Aku tengok suasana Bazaar penuh dengan orang ramai. Tetiba aku terkejut. Dunia ni memang kecil kan ? Orang yang aku tak nak jumpa tengah meninjau-ninjau juadah yang ada dengan kengkawan dia. Patutla hati ni rasa tak nak pergi Bazzar ni jer. Masuk jer kat deretan kedai, aku tarik Lopez ke kanan supaya tak bertembung dengan si dia. Sempat aku tengok di tangan nya dah ada beberapa bungkus makanan. Mungkin dia tak lama kat Bazzar ni.
Selepas pusing 1 pusingan Lopez tanya aku nak makan apa.. Aku pun tak tau apa yang aku nak makan. nafsu ada tapi xde hati nak beli. Akhirnya aku singgah kat gerai roti john...Huh.. dulu RM3.00 sekarang ? RM5.00 mak aih... Beralih ke gerai nasi kerabu aku berhenti. Dah lama tak makan nasi kerabu. Aku order 1 bungkus, biasa. Sementara aku tunggu nasi aku di bungkus ada 1 pakcik ni datang dekat "Ini nak 2 riyal" Pakcik tu pun bungkus. Banyak.. Plastik tu separuh la pakcik tu dapat. Aku tertarik... "Pakcik nak ni 2 ringgit"
Bila aku dapat bungkusan yang aku order tadi.. aku tertanya-tanya apa bezanya 2 ringgit dengan 2 riyal ? adakah sebab org yang meniaga ni orang pantai timur dan pakcik sebelah aku ni "mungkin" orang pantai timur gak, so kiranya die dapat lauk yang kuantitinya banyak, dan aku orang "KL" dan sebut 2 ringgit dapat kuantiti yang sangat-sangat berbeza..?
Ya Allah...Cuma rasa terkilan... Nak berniaga, berniaga la dengan ikhlas. Betul tak...? Kenapa nak membeza-beza kan loghat dan negeri.. Balik rumah... bila masuk waktu berbuka aku rasa lauk yang aku beli tu. Tak lah istimewa mana.. kecuali manis. Alhamdulillah.. mungkin ini bukan rezaki aku. Huhu... Berharap lepas ni taknak lagi ke Bazaar Ramadhan...(sebanarnya gerai pakcik tu jer ) hhahahaha
Boleh ker..?
Monday, August 1, 2011
Saturday, July 9, 2011
Tanggungjawab saya
Hari minggu macam ni tak bayank yang aku buat. Lepas kemas rumah, masak dan makan ngadap komputer la jawapnya. Aku suka baca komen-komen yang member-member post. rasa tergerak nak balas, aku balas. Kalau tak aku biar jer. Tergerak hati aku nak baca komen dari member aku berkenaan dengan "BERSIH".
Panas gak.. ada yang menyokong ada yang membangkang. Yang membangkang tu bila difikirkan ada gak betul nya sebab aku pun membangkang. Bukan apa. Sebab perhimpunan tu gak la office aku cuti. fahtu kena ganti plak waktu kerja pada 17/7/2011 ni. Mau nya tak haru kena kerja di hari minggu?
Satu-satu aku skroll ke bawah. Part bila tanggungjawab masing-masing..buat aku terfikir kan tentang senario 2 hari lepas...Member aku masa tu tengah bercakap dengan seorang customer."Saya tau encik tak suka saya call, tapi encik tak pernah nak jalankan tanggungjawab encik. Patut kena bayar sekian-sekian duit bayar jela. Dah guna kena la bayar balik. Kalau semua orang tak nak bayar susahla. Encik bagi pinjam duit dekat orang lain pun encik nak orang tu pulangkan balikkan?. Kita ada tanggungjawab masing-masing. Encik ada tanggungjawab pergi kerja bagi anak bini makan, saya pun ada tanggungjawab jugak. Pastikan semua customer saya bayar ikut masa yang ditetapkan"
Betul ke tak? Kita masing-masing ada tanggungjawab masing-masing. Samaada tuk diri sendir, keluarga dah kepada Yang Maha Pencipta. Kalau kita lalai atau sengaja wat tak tau akan tanggungjawab kita, terpaksa la orang lain ingatkan kita tentang tanggungjawab kita ini.

Tuesday, June 7, 2011
Bila hati berubah
Betul kata pepatah, manusia ni mudah lupa pada yang menciptanya. Ada yang sampai menafikan kewujudannya.
Kadang-Kadang Allah turunkan aku ujian sekali serentak. Jauh disudut hati ini perit sangat rasanya. Tapi aku tahu dia bukan nak membebankan aku, tapi nak menguji kekuatan hatiku. Mengingatkan aku akan tanggungjawab yang sebenarnya. Adakah aku benar-benar kuat untuk mengahdapi dugaanNya. Dan aku berharap aku boleh sabar menghadapinya sambil menadah tangan memohon dikurangkan bebanan yg tertanggung dibahu ini.
Dan di saat ini... aku teringat pada seorang teman.
Hurm...

Subscribe to:
Posts (Atom)