Beraya? hurmm tak mungkin.. Dia tak pernah keluar dari rumah sebelum ni. Kalau dia dah keluar 1 jer yang terlintas dalam fikiran aku sekarang ni. Tak jumpa jalan balik. Puas aku cari. Memang dia takda. Tengok dari tempat makan dan berak dia, mungkin dah 2 hari dia takde. Adoi
Sunyi rasa nya rumah ni. Kalau tak terdengar-dengar loceng kat leher Tekki. Harap-harap dia ok kat luar sana. Makin sunyi la aku sekarang ni. Tak boleh nak bergaduh lagi dengan Tekki. Takkan ada lagi yang menjaga pintu bilik bila aku bangun pagi. Takde lagi tekki yang sker landing sebelah aku.
Ramai yang suruh aku cari yang baru. Tapi.. dah sah-sah x sama ngan Tekki. Dia yang pemalu, dia yang manja. Hurm... Sedihnya sama macam di tinggalkan kekasih jer gamaknya. Setiap pagi perkara pertama yang aku buat bila bangun, buka pintu utama.. mana tau kot dia ada terjegul kat depan pintu. Kemudian ke dapur dan akhir sekali 2 bilik belakang. Hurmm...Dah 2 3 hari aku wat mcm ni. Tapi bayangnya Tekki tetap takde. Mana yer dia pergi?
Aku berharap dan berdoa semoga dia sihat-sihat dan baik-baik sahaja kat luar sana. Rindu dia sangat.