Sunday, February 27, 2011

Gembira di hari besar kamu

Happy Birthday untuk kamu Aley Arif ^_^


Menginjak umur yang hampir mencecah ker angka 3 sebenarnya agak menggerunkan. Apa yang telah aku capai sekarang ini ? Dalam masa terdekat ini ? Masih agak kabur sebenarnya. Sebab masa depan aku, walau aku rancang sebaik mungkin tp kalau tidak di perkenan olehNya, semua tidak menjadi. Untuk itu, aku masih berharap suatu hari nanti apa yang aku inginkan akan dimakbulkan jua olehNya.


Berbicara tentang hati ? Alhamdulillah. Aku dah melepaskannya dengan senang hati. Kalau itu jalan yang dia pilih, kalau itu cara die menunjukkan pengorbanannya pada org yg dikasihi, baiklah untuknya. Terbaik untuknya, terbaiklah untuk aku. Aku tidak akan lagi mencampuri apa jua urusannya lagi. Biarlah kasih dan sayang aku di situ. 


Berbicara tentang hati lagi ? Alhamdulillah masih ada yg mengambil berat. Di saat aku kesakitan, keletihan, tidak bermaya, dia gagah menjaga. Peluang untuknya ? Tidak tahu. Sampai masa bila Dia kata jadi, maka perkara tu jadilah juga. Kesabaran dlm menjalinkan hubungan sangat penting. 


Yang penting sekarang aku happy, gembira, seronok, memegang sesuatu yg patut ku pegang dan melepaskan sesuatu yg sepatutnya aku lepaskan. 


Alhamdulillah ^_^

Saturday, February 26, 2011

Angan Terlalu Mencari Kesempurnaan

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL

Friday, February 25, 2011

Untuk sekian kalinya

"Ya Allah! Kau tenangkan la hati ku. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui atas apa yang berlaku"

Berulang-ulang kau menduga ku. Aku terima dengan ikhlas Ya Allah. Aku tau Kau tidak akan memberi ujian sehingga hambamu tidak sanggup memikulnya kan? Ya Allah. Aku sangat-sangat bermohon pada mu. Ringankan la beban dan dugaan ku ini. Tiada selain dari itu Ya Allah. Aku rasa tak yakin dgn ujian mu kali ini Ya Allah. Kau tabahkan lah hati ku YaAllah. Setabah Mariam Hamba mu yang terpuji. 

Amin. 

Monday, February 21, 2011

Janji lelaki

Janji yang dia ucapkan kepada kamu, janji itu juga yang dia ucap pada ku sebelum ini.. Tapi adakah janji itu betul-betul janji? Fikirlah kamu sebelum menerima semua janji-janji yg belum tentu di penuhi. Kerana janji itu kite selalu mengharapkannya. Kerana janji kite selalu lupa. Tanpa kita sedar, janji yang kita harapkan itu hanyalah tinggal janji.


Maksudnya :


Awk rasa betul ker apa yg dia janjikan kat awk tuh? 

Friday, February 18, 2011

Terlerai sudah

Perkara yang perlu kamu tahu, sudah kamu ketahui. Jangan la kamu rasa gelisah lagi. Kerana semua nya sudah berakhir. Doakan saja aku sepenuhnya untuk melalui hari-hari yang berikutnya. Supaya tiada penyesalan diakhirnya. 


Ya Allah aku terima ketentuanMu. Berikan aku kekuatan supaya aku boleh menempuhinya. Seperti dugaan-dugaan yang Kau berikan kepada ku sebelum ini. Amin

Wednesday, February 16, 2011

Kisah si manis dan bas

Si manis tidak sangka bas yang dia naiki hari-hari rosak. Dia akan lewat. Lalu dengan geram dia menendang-nendang bas buruk itu tanda protes. Dengan tidak semena-mena datang sebuah bas yang sangat cantik mempelawanya naik. Si manis tidak menghiraukan bas yang telah byk berjasa kepadanya lalu meninggalkannya tanpa rasa belas. Si manis memuji kecantikan bas yang baru ini. Cepat dan selesa.

Tapi di suatu hari yang tak disangka bas yang cantik itu tidak lagi mahu menumpangkan si manis kerana katanaya ia merugikan. Si manis sangat sedih lalu kembali ke pondok bas dan menunggu kalau-kalau ada bas yang akan melaluinya lagi.

5 minit.. 10 minit..Si manis hampa. Lantas dia teringat bas buruk yang banyak berjasa kepada nya. Dia sedih lagi. Tiba-tiba... Ponnnn ponnnn... Si manis menoleh.. bas buruk berhenti di hadapannya mempelawa naik. Dengan rasa segan si manis menerima pelawaan tersebut. Kondisi bas masih sama. cuma ianya sudah di perbaiki. Dengan perlahan bas membawa simanis ke tempat yg hendak dia tuju. Si manis gembira walaupun die pernah menyakiti bas buruk itu, namun bas tersebut setia berkhidmat padanya hingga ke akhir hayatnya..


Tamat.


Moral nya :
Jangan la kita memandang sesuatu yang cantik itu akan berkekalan. 

Wednesday, February 2, 2011

Permulaan

Semalaman aku berfikir tentang semalam. Perkara yang tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila pun. Untuk permulaan hari ini aku hanya berserah kepadaNya. Dia sahaja yang memahami hati ini. Untuk kamu, fikirla semasak-masaknya kerana apa yg kamu katakan tidak byk walau sedikit mengguris hati ini. Tapi tahukah kamu.?